Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa
Foto Dari Luar Red ZONE
Foto Dalam Red ZONE
Dari Atas BukitOOh man tidak!!!!Kita baru saja dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di Ulu Yam yang mengorbankan 2 beradik minggu lepas dan kejadian 11 kenderaan tertimbus dalam tanah runtuh di kawasan parkir antara Bangunan CIMB dan Bangunan Amanah Raya di Jalan Semantan. Nampaknya berlaku lagi satu kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa , Hulu Kelang yang mengegarkan ketenangan kawasan tersebut. Menurut sumber polis yang aku tahu daripada Ketua Polis Selangor iaitu Datuk Khalid Abu Bakar dia mengesahkan tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang telah mengorbankan 5 nyawa serta menimbuskan 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama. Kejadian ini mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang setakat ini dilaporkan terperangkap di Bukit Antarabangsa. Lokasi kejadian ialah kira-kira 1.5 kilometer dari Highlands Tower yang runtuh pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 mangsa. Persoalanya siapakah yang mesti bertanggungjawab terhadap masalah ini? Pihak berkuasa aku lihat lebih menganggap kejadian ini sebagai kecuaian pemaju manakala pemaju pula menyalahkan faktor alam sekitar......ohhh berdasarkan apa yang aku pelajari alam sekitar itu mengalami perubahan disebabkan MANUSIA jadi apa yang aku nampak kat sini manusia lah yang harus dipersalahkan so lu pikirlah sendiri.... Oleh itu nampaknya kejadian ini akan memberikan cabaran kepada pengamal-pengamal EIA dan SIA seperti aku untuk lebih fokus kepada alam sekitar dan memahami apakah itu sebenarnya alam sekitar...Insyallah sem depan akan ku fahami dengan mendalam apakah itu sebenarnya alam sekitar....FaisalMatPiah84


0 comments:
Post a Comment